PROFIL PEMBELAJARAN
Tajuk Pembelajaran
5.0 ASPEK TATABAHASA
Standard Kandungan
5.1 Memahami fungsi dan menggunakan golongan kata mengikut konteks
Standard Pembelajaran
5.1.4 Memahami dan mengenal pasti penggunaan kata tugas mengikut konteks; (i) kata hubung (ii) kata sendi nama (iii) kata arah (iv) kata tanya (v) kata perintah (vi) kata seru
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran dan pemudahcaraan, 11/11 murid dapat memahami dan mengenalpasti sekurang - kurangnya 3 daripada 4 kata seru, iaitu melalui aktiviti memadankan kata seru dengan penggunaannya.
Pada akhir pembelajaran dan pemudahcaraan, sekurang - kurangnya 9/11 murid dapat membina ayat dengan menggunakan kata seru dengan betul dan tepat.
Kriteria Kejayaan
Saya dapat menyatakan kata perintah
saya dapat menulis ayat dengan menggunakan kata perintah
KEMAHIRAN PAK21
Tema
Literasi Alam Sekitar
Kemahiran Belajar dan Inovasi
Pemikiran Kritis
Kemahiran Hidup dan Kerjaya
Kemahiran Maklumat, Media dan Teknologi
Literasi Maklumat
STRATEGI PENGAJARAN
Media Pembelajaran
Klip audio
Buku Teks
Kaedah, teknik, pendekatan
Gallery Walk
Alat Berfikir
- Taksonomi Bloom
- Memahami
- Kemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
- Kemahiran inovasi
Kemahiran Berfikir Aras Rendah
Memahami
Membina Watak, Membangun Sahsiah
Pemupukan Nilai & Pengajaran
Penyesuaian
Pendidikan & Literasi Sivik
Amalan Kesejahteraan Hidup
Pentaksiran
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Kaedah Pentaksiran
Latihan Bertulis
Lisan
Jenis Aktiviti Pentaksiran
Simulasi
Tugasan
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Set Induksi
10 Minit
1. Guru bertanya khabar dan mengimbas kembali pengajaran lepas.
2. Murid membuat aktiviti mencari harta karun.
3. Murid - murid mencari huruf - huruf yang disembunyikan di dalam bilik darjah.
4. Setiap murid hanya mengambil satu huruf dan berdiri di hadapan kelas.
5. Murid - murid menyusun huruf dan menjadikannya satu perkataan.
6. Perkataan yang dibuat merupakan topik pembelajaran hari ini.
7. Guru menyatakan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan kepada murid.
8. Murid bersedia untuk pembelajaran.
Aktiviti
- mencari harta karun.
- menyatakan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan.
Langkah 1
15 Minit
1. Guru membuat persembahan 'powerpoint' bagi pengenalan topik pembelajaran.
2. Topik pembelajaran pada hari ini merupakan kata seru.
3. Kata seru yang terdapat dalam powerpoint ialah wah, hai, aduh dan cis.
4. Guru turut menunjukkan fungsi penggunaan bagi setiap kata seru tersebut.
5. Seterusnya, murid - murid membuat simulasi bagi menunjukkan maksud setiap kata seru.
6. Murid - murid membuat mimik muka dan aksi yang bersesuaian.
aktiviti
- persembahan powerpoint
- simulasi
Langkah 2
15 Minit
1. Murid - murid membuat pembelajaran stesen.
2. Murid - murid menjalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
3. Setiap stesen mempunyai satu aktiviti.
Stesen 1 - Aktiviti memadankan kata seru dengan penggunaannya.
Stesen 2 - Aktiviti melengkapkan ayat dengan menggunakan kata seru.
Stesen 3 - Aktiviti membina ayat dengan menggunakan kata seru.
4. Masa yang ditentukan bagi setiap stesen ialah 3-5 minit.
5. Setiap kumpulan akan bergerak ke stesen seterusnya setelah menyiapkan aktiviti apabila guru meniup wisel.
6. Murid - murid akan sampai ke stesen masing - masing.
7. Guru akan menyemak aktiviti yang telah dibuat di setiap stesen.
aktiviti
- pembelajaran stesen
Langkah 3
15 Minit
1. Guru memberikan lembaran kerja mengikut aras pembelajaran murid.
2. Latihan aras rendah merupakan menulis kata seru berdasarkan gambar dan penggunaan yang diberikan.
3. Latihan aras sederhana merupakan melengkapkan ayat dengan menggunakan kata seru dengan tepat.
4. Latihan aras tinggi merupakan membina ayat yang gramatis dengan menggunakan kata seru yang sesuai.
5. Guru dan murid - murid membuat perbincangan bagi pemahaman topik secara keseluruhan.
aktiviti
- lembaran kerja
- perbincangan
Penutup
5 Minit
1 Guru merumuskan isi pelajaran.
2. Murid diberikan latihan pengukuhan dan pemulihan.
3. Murid - murid membuat refleksi pembelajaran.
4. Murid - murid menulis penghayatan nilai dan perasaan mereka terhadap pembelajaran hari ini dalam parking lot.
5. Guru merancang RPH seterusnya, dengan merujuk parking lot supaya dapat menarik minat murid - murid;
aktiviti
- rumusan isi pelajaran
- refleksi pembelajaran
- parking lot